Monday, August 15, 2011

poligami


                          


assalamualaikum......
hari ni saya ada cerita yang best untuk dibaca...bagi saya cerita banyak juga pengajarannya....selamat membaca...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya
yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV,
sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan
Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk
diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.

Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf
Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh
yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu
untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan
lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu
jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih
terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman,
dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan
anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang
benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi,
Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk
belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang
tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"

terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg
dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal
madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk
menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia
akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya,
berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah
kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf
Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat
yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya
sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan
pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang
mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk
badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg...
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia
masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah
sayangkan Abg...
Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi
satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita.
Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam
kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya.

Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat
penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih
dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di
Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,
lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg
merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..
air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. Kita cuma akan menghargai sesuatu itu apabila kita telah kehilangannya...

Saturday, August 13, 2011

kelebihan ayat kursi


                                                                    
Ayat ini diturunkan selepas hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, dan  binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, serta harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kalil lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua.

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”


Orang yang selalu membaca Ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal Ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan Ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
* Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

hikmah di sebalik wudu'


                              


1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulutku dan lidahku ini”.
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan  : Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan .
4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri .
5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamudengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan: Hari-hari mendengar orangmengumpat, memfitnah dll.
7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian sirat dengan pantas sekali.
8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamudengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan: Qada’ dan Qadar kita ditangan Allah.

Sekadar Renungan Bersama

kisah nabi sulaiman dan sang semut


                                                                
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:”Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Itulah Iman Sang Semut!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...